Sunday, 7 April 2013

Tingkap Aras 2 diketok? siapa yang ketok?(Sutera)

Ini satu lagi perkara misteri yang akan aku ceritakan, perkara ini berlaku ketika aku masih menuntut di semester 1, UiTM chendering, perkara ini di alami sendiri oleh aku dan 2 orang lagi yang ketika itu masing-masing berada di dalam bilik.  Sewaktu itu, kami masing-masing berada di meja belajar dan sedang sibuk dengan subjek CTU kerana esok ialah final exam bagi paper CTU, sedang kusyuk belajar tiba-tiba sahaja kami terdengar bunyi tingkap bilik di ketuk, ketukan itu ialah sebanyak 3 kali, "tuk,tuk,tuk" kami sangat terkejut dengan kejadian itu, aku yang paling hampir dengan tingkap apa lagi, terus sahaja menerkam yusma roomate aku yang kelihatan terkejut juga dengan kejadian itu, keadaan agak kelam kabut, masing-masing menahan perasaan takut.. akak soleha yang mulanya diam terus keluar mengambil wuduk dan membaca yasin, selepas beberapa ketika hanim pula muncul, dia yang tidak tahu apa-apa terus ke katil.. kami agak takot untuk memberitahu dia.. tapi mana boleh, sorang takut, semua mesti kene takut juga, jadi aku pon menceritakan segalanya, hanim kelihatan pucat, dan pada malam itu.. kami semua masing-masing tidur dilantai akibat dari takot tidur hampir dengan tikap.  tapi persoalan yang ada sekarang, siapa yang ketuk tingkap? jikalau burung terlangar tingkap, kenapa sampai 3 kali, dan ketukan itu memang sebijik dengan ketukan manusia kerana keesokan harinya aku sendiri ketuk tingkap tersebut dan bunyinya 100% sama, kawan2 yang lain turut setuju, memang sangat menakutkan. mungkin kerana bilik kami "keras" kerana menghadap bukit dan "bende" itu hanya mahu bergurau atau memberi peringatan.. jika ada sesiapa yang boleh memberikan penjelasan serta komen tentang perkara ini, komen2 anda amat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment